“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Monday, February 20, 2012

Sunyi? Seorang? Bercampur Baur Perasaan

Kehidupan yang sunyi? kadangkala aku merasakan hidup aku penuh dengan aktiviti. Kadangkala penuh kesunyian..kesunyian dari apa? dari segala-galanya. Kadangkala merasa irihati dengan kebahagiaan kawan-kawan dengan keluarga. Apakah ini bermaksud aku bosan dengan kesunyian diriku ini? Memang tidak dinafikan, hidup kita didunia ini tidak boleh keseorangan, kena berteman, tetapi aku tidak mahu teman yang tidak halal bagiku. Bilakah aku akan mendapat teman halalku? bila??? bila????

Berkata tentang bila..aku sering bertanya..bilakah aku akan bertemu pasanganku? bila? bila melihat kawan2 bergambar dengan keluarga, dengan anak2..hati ini sangat2 terusik..siapa yang tidak mahu..alangkah indahnya kalau jodoh aku semudah mereka..tetapi DIA lebih mengetahui segalanya..Jodoh, pertemuan , rezeki , ajal, maut semua adalah ditanganNYA..sejak azali lagi DIA sudah tetapkan kita untuk siapa..

 Comel kan baby ni..kalau dapat kembar sebegini aku bersyukur sangat2..tetapi biarlah cintaku hanya kepada ILAHI dan diserahkan kepada ILAHI..


Keseorangan???kadang2 fikir alangkah bagusnya ada anak sendiri disisiku ketika ini. Hidupku tidak akan keseorangan, kemana saja dengan anakku, tidak akan ada hal lain difikiranku cuma hidupku dengan anakku. Alangkah indahnya perasaan tersebut, tetapi bila? bila? bila akan tiba hari tersebut untukku?aku rasa serik bila fikir tentang jodohku, sekarang kalau aku inginkan sesuatu aku hanya berdoa kepadaNYA..sebab hanya DIA yang boleh jadikan sesuatu perkara tu jadi dengan tersendirinya..

InsyaALLAH aku yakin dengan perjalanan yang ditentukan oleh ILAHI kepadaku..tidak akan putus-putus doa aku panjatkan supaya dimurahkan rezeki jodohku ini..hanya padaNYA aku meminta, meminta seseorang yang aku inginkan yang tidak mampu kuluahkan dengan kata2 hanya mampu diluahkan melalui doa..ameen ya rabbal al-amin.

Welcome 2012....Bye Bye memory 2011..

Assalamualaikum!!!!

Alhamdulillah sudah 2012 rupanya..Ini adalah first entry aku pada awal tahun 2012..Selepas ini semua tarikh adalah berdasarkan 2012..Aku tak ada la nak update banyak cuma nak kongsikan dengan kamu orang semua bahawa rezeki tahun lepas yang melimpah ruah akan dibawa ke tahun ini..year water dragon...rezeki mencurah-curah umpama air hujan..Alhamdulillah..bersyukur juga kerana aku masih lagi bernafas untuk mengecapi tahun 2012 dengan penuh kesyukuran...Azam 2012 :

Sebagai HambaNYA:

1. Memperbaiki solat 5 waktu.
2. Memperbaiki bacaan AL-QURAN.
3. Membawa keychain AL-QURAN kecil dimana sahaja.
4. Tetapkan pemakaian tudung sebagai wajib bukan on off.
5. Melangkahkan kaki ke Jabal Rahmah..

Sebagai Anak :
1. Membeli rumah untuk my mama and daddy (hadiah teristimewa).
2. Membawa mak dan ayah ke tanah suci.
3. Menjadi anak yang solehah sentiasa menjaga nama ibu dan ayah walau dimana saja berada.
4. Memberi duit bulanan kepada emak dan ayah lebih untuk tahun ini berdasarkan increment.
5. Balik kampung sebulan sekali.

Sebagai Kakak Sulung :
1. Menjadi idola adik2.
2. Menjaga adik2 yang masih bersekolah ( ain dan adik)
3. Membawa adik2 pergi bercuti luar Malaysia.

Untuk Diri Sendiri :
1. Saving tahun ini kena lebih 10k
2. Membali rumah untuk diri sendiri selepas hadiah rumah untuk mak ayah.
3. Menjadi Profesional Civil Engineer di dunia pembinaan yang berjaya.
4. Bekerja sehabis kuat seumpama esok adalah hari terakhir.
5. Melancong ke luar negara untuk kepuasan diri sendiri.
6. Membuka sebuah butik pakaian sendiri.
7. Insya ALLAH ada rezeki datanglah jodoh dari ALLAH...Amin...

I LOVE MYSELF :-)