“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Thursday, December 29, 2011

Epilog kisah "Tentang Dhia"


Hari ini episod last Tentang Dhia..sangat2 touching, sedih semua ada bercampur baur..kesedihan cerita pasal kehidupan yang membuatkan aku mengalirkan air mata dengan deras sangat..cinta yang sejati dari seorang gadis kampung yang bernama Dhia..memang banyak dugaan yang dilalui oleh Dhia..sejak zaman sekolah sampailah ke alam perkahwinan..semuanya sentiasa diuji..tetapi Dhia beruntung sebab Dhia dapat seorang suami yang sangat memahami dan menyayangi Dhia...iya jodoh mereka hanya maut saja yang boleh pisahkan mereka..jodoh mereka sangat kuat walaupun dipisahkan oleh ibu zikir..walaupun pelbagai cara yang ibu zikir buat sampai berjumpa bomoh untuk pisahkan mereka tetapi kuasa ALLAH sangat kuat..tiada apa yang boleh pisahkan mereka cuma mati saja yang boleh pisahkan mereka...indahnya jodoh sebegini..jodoh yang di pinta kerana ALLAH..jodoh yang semuanya kerana ALLAH memang akan sentiasa ALLAH jaga..

Aku menulis blog ini pun masih menangis lagi mengingati cerita TENTANG DHIA..memang sedih ditambah2 dengan lagu ini memang sangat2 sesuai untuk menambah kesedihan seorang wanita..aku juga mengharapkan jodohku sebegitu..selepas apa yang berlaku antara aku dengan dia..aku berdoa biarlah jodohku kerana ALLAH..walaupun aku cuba untuk lupakan dia memang susah nak lupakan..tetapi aku keliru sebenarnya dengan dia..kalau boleh aku tidak mahu lagi lelaki seperti dia..walaupun dia saudara baru aku memang kasihan nak tinggalkan dia tetapi dia yang membuatkan aku nak pergi jauh dari hidup dia..biarlah dia bersama orang yang dia sayang walaupun aku pun keliru dengan perempuan itu.. aku masih tidak faham kenapa perempuan itu masih nak berteka teki dengan dia dan tidak menyukai persahabatan aku dengan dia..walaupun kami belum lagi declare..kami hanya sahabat tetapi ada saja orang yang tidak puas hati..tetapi aku sentiasa setkan dalam minda bahawa jodoh pertemuan itu sudah ditentukan oleh ALLAHH..masa aku berjumpa dia pun aku yakin dalam mindaku bahawa pertemuan ini tidak akan terjadi kalau ALLAH tidak gerakkan hatiku untuk pergi ke kedai cermin mata di taman mesra kajang..disana aku bertemu dia..aku amat yakin dengan apa yang ALLAH rencanakan untukku..

Bagiku, walau sehebat mana kita setia..sehebat mana kita merancang..selama mana kita menunggu..sekeras mana kita bersabar..sejujur mana kita menerima kekasih kita..JIKA ALLAH SWT TIDAK MENULIS JODOH KITA BERSAMA KEKASIH KITA..KITA TETAP TIDAK AKAN BERSAMA DENGANNYA..JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT.. memang segalanya rahsia ALLAH..dia yang gerakkan hatiku untuk kesana..cuma aku tidak faham apa yang ALLAH rancangkan untukku..untuk kita semua..aku kena bijak mengendalikan semua ini..dan aku yakin cinta ALLAH memang tidak akan menghampakan dan melukakan..cintailah ALLAH lebih dari segalanya...

p/s : Dont love everything more than ALLAH...