“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Sunday, June 12, 2011

Alamanda Shopping

Hari ini sesi bertemu dengan my new business partnew aida..(walaupun belum rasmi lagi jadi partner ^.^)..selepas breakfast aka lunch kami pun bershopping2...pada mulanya hanya nak teman aida saja..dalam hati malas la nak beli apa-apa sebab yela tengah merasai kesakitan pilunya kaki ni..yela bila daging yang nipis berselisih dengan tulang maknanya kita punya cecair tendon yang menyambungkan tulang kita dah luka..jadi bila terseliuh macam ni terasa sangat pilunya tu..tapi tak apa kena tabahkan juga sebab i'm engineer mah..engineer must strong yeyeahhh huhuhu..ok back to our first story..

Teman kawan pergi masuk alamanda ingatkan nak cari toilet seat paper last2 ambo pula yang pergi cari barangan make up..lalu menuju ke simply siti..ermm tak tahu la apa yang demo ni dok cerita yang brand ni bagus..(sorry ye cik siti)..last2 pergi ke majolica majorca shiseido japan..huhuhu,,,

(gambar dari sumber makeup.com)...
balik kepada cerita majorca majolica...last2 beli set pink..awwww pink u...grab semua set pink..i love pink..

 Majolica majorca my sugar pink collection.

Majolica majorca jeweling eyes

Cream pencil liner..mocha brown
 
 Puff De Cheek - Peach macaroon (mcm macaron makanan pulak huhu)

Puff De Cheek - Strawberry macaroon..
 
ini lah yang i beli hari ini..ini belum masuk lagi skin repair rosken, revlon lipstick (majorca majorlica tak ada lipstick so ambil revlon) the colour is very nice la...my beauty diary bird nest mask (from taiwn) and shower lifebuoy...opsss lupa coklat sneakers dan 2 botol nestle bliss kiwi..shopping for today..after this no shopping2...serious working hahaah...zaleha zaleha..teman kawan shopping last2 beli terover untuk diri sendiri..tak apa one in a blue moon...:-)



Selamat mengemas barang shopping dan jadilah kaki shopping yang berhemah huhuhu

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…
1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.


Sekian, terima kasih.

p/s: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet
http://setelkahwin.com/blog/amalan-dan-doa-bagi-dipermudahkan-bertemu-jodoh/#comment-1166.