“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, July 05, 2011

Buat Kalian yang Bergelar SAHABAT


Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

Gurindam kata...

Yang dicari,
walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sempurna sifat hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu serikandi yang gemilang, kerana diri ini rijal dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati, diri ini redha ketetapan Ilahi

Demam Penghapus Dosa Kecil..

Semalam call mak...

Me ::: Demam..:-(

Mak ::: Kuatkan semangat..

Me ::: Asyik sakit la mak...:-(..tak suka..

Mak ::: Sabar..pergi berehat..demam ni penghapus dosa kecil..dah besar pun mengadu dekat mak dah kahwin nanti takkan nak mengadu dekat mak juga???

Me ::: ((dalam hati) mak ni orang sakit2 cakap pasal kahwin pula..))..baik mak nak tdo awal la ni...

Then, aku pejam mata dan tido. Kepala berdenyut-denyut. Badan sakit-sakit. Badan semakin panas.

Malam tu lepas makan terus telan panadol actifast kemudian tido.

Tido sampai pening :(

Orang kata sakit tu penghapus dosa-dosa kecil kan (macam mak aku cakap la)?


hiphop: Aku homesick :( I miss my mom ..

Walk Away...


Kata aku:  

Bila kita dah melangkah ke depan jangan sesekali toleh belakang lagi. Selalunya memori lalu itu akan buat kita menangis, sedih dan akan mengingatkan kita kepada seseorang.

Pandanglah ke hadapan kerana pasti kegembiraan akan ada untuk kita dan kita akan tersenyum gembira.

Jika memori lama itu muncul kembali dan membuatkan kita bahagia ingatlah itu adalah takdir dan kita tidak mampu menghalangnya..

Tapi aku berharap memori lepas itu biarlah pergi. Aku inginkan kegembiraan yang lain dan biarlah memori itu menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..
Jangan menoleh lagi, terus berjalan ke depan tanpa ragu-ragu dan penuh keyakinan..
 
 
 
p/s: Jangan pandang belakang. Jeng jeng jeng..
Ade something di belakang korang. heeee