“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Sunday, July 10, 2011

Released Stress and Pampered myself at Jari Spa

Semalam pergi ke jari spa..teringin sangat nak memanjakan diri dan akhirnya dapat juga ambil appointment dengan director of Jari Spa Ms Ayu..nasib baik ada ayu..kalau tak berputih mata la tak dapat nak memanjakan diri..nak ke spa lain macam tak biasa..huhuhu..

Semalam macam kamu orang semua tahu negara kita dikejutkan dengan sejarah terbaru iaitu perhimpunan BERSIH 2.0 yang pertama sekali diadakan di negara kita..oleh kerana perhimpunan ini yang tidak mendapat keizinan kerajaan jadi berlaku la roadblock dari abang2 polis kita..Pagi dah start buat appointment dengan Produa Rasah untuk service kereta so bila awal2 pagi nak start enjin kereta, kereta pula meragam..macam tahu2 je hari ini tuannya nak bawa ke servis mula la nak tunjuk ragam..so check punya check akhirnya tahu bateri dah kong(tuan tak reti nak jaga kereta) hehe..ini pun nasib baik ada seorang bro yang baik hati menolong..kata dia nama dia Zul so bro zul tu la yang check dan bagi tips2 penjagaan bateri..bateri i pun nak kena jaga tau dan dimanjakan bukan tuannya je..heehehe..ok lepas dah start jumping bateri kereta dengan kereta bro zul so memulakan perjalanan ke produa rasah masa tu dalam pukul 9.30 pagi..sampaai saja di perodua pukul 10 terus pergi ke appointment customer...explain punya explain last2 bill rm 489..perghh pergi produa je selalu kena bil mahal..tensen je fikir..tapi kerana i love my baby kids viva punya pasal terima sajalah.

Tunggu di perodua dengan housemateku yang setia meneman cik ida namanya..sampai tertidur2 cik ida sebab menunggu keretaku nak diservis..dari pukul 10 akhirnya dapat pukul 3petang..adoii..orang perodua cakap oleh kerana aku dah lama tak buat alignment dan balancing so bunga tayar keretaku jadi tak balance..adoi.tahan 6 bulan je..so kopak lagi mungkin another 600 untuk 6 bulan dari sekarang..

Lepas dari servis memang tak sempat aku nak masuk ke office sebab jam di sungai Besi Besraya..perghh!! 3km panjangnya jam..abang2 polis kenapa la buka 1 lane saja..lenguh kaki ni nak tekan brake..memang sengal je lutut dan peha..tetapi kerana nak ke spa punya pasal sabar saja lah..lepas saja roadblock polis terus la menuju cheras, ampang dan akhirnya ke wangsa maju..

Tetapi sangat susah nak sampai kesana sebab dah terlepas mrr2..apa lagi dengan detour yang polis bagi lagi la bertambah sesat, sampai rasanya nak tidur di wad HUKM saja..akhirnya berhenti di stesen esso dan bertanya orang di esso..tetapi bila masuk saja di kaunter hanay mat bangla...adoii tahu ke bangla ni..haizz..dugaan betul nak ke spa la..akhirnya tanya kepada seorang uncle pemandu teksi yang sedang mengisi minyak..
aku :: "uncle boleh tolong tak?(muka nampak macam india tetapi melayu rupanya huhuhu).."
uncle :: boleh, nak tanya apa?"..
aku :: "macam mana nak ke carrefour wangsamaju?"..
uncle :: "kamu tahu tak apa yang berlaku sekarang??"
aku :: " tahu...tapi kami bukan join bersih tu..kami ada hal penting di wangsa maju lagipun kami bukan orang tempatan Kuala Lumpur"(ayat poyos jek).
uncle :: " ok kalau macam tu follow uncle..uncle pun nak kesana juga kalau tunjukkan arah je kamu buka tahu sebab sekarang ini banyak sangat roadblock..tak pasal2 esok baru kamu sampai"
aku :: "ok uncle terima kasih banyak2(sambil tersenyum lebar)"

Jadi kami pun ikutlah uncle teksi ni..punya la laju dan samsengnya uncle ini memandu..kita yang jadi tukang follow pun macam nak menggadai nyawa sendiri..tapi best sebab dapat lepas sekatan polis hehhee..bila sampai ke persimpangan ke jalan jelatek terus kami mengucapkan terima kasih dekat uncle tu..uncle cakap kalau sesat lagi call dia (siap bagi business card lagi tau) kaya uncle ni rupanya..bukan setakat pemandu teksi huhuhu...

Ok la kembali kepada cerita asal..lepas sampai ke jalan jelatek menuju ke wangsa maju kami pun teruskan perjalanan mencari wangsamaju carrefour..akhirnya jumpa wangsa walk belakangnya hanya carrefour..disitulah tempat salon fasha sandha juga..salon chinta tu..huhu tempat artis tau..masuk je Jari SPA..dalam pukul 6...huhu sepatutnya appointment pukul 4 lewat tau..dah tak dapat nak shopping..ingatkan nak shopping di wangsa walk hehehe..

Sampai je gadis di meja hadapan sesi perbualan bermula:

 Gadis Spa :: " Cik Zaleha ke??
Aku :: " ye saya zaleha..sory i'm late for the appointment"
Gadis Spa :: ' oh tak apa..silakan duduk cik..ini pakej yang cik minta royal spa treatment..hari ini ada less so cik dapat rm 239."
Aku :: " ok la ..and how about facial?"
Gadis SPA :: " Facial ada treatment biasa dan botanical treatment"
Aku :: " ok add botanical treatment la"
Gadis Spa :: " plus botanical treatment semua rm 328.20"
Aku :: " ok agree'

Selepas sesi memilih2 pakej apa kami pun terus ke dalam..salin pakaian ..disini tak payah cerita la..so aku nak upload la pemandangan di jari spa ini hehehehe..
Pandangan hadapan Jari Spa..ini masa opening dalam bulan ini...wangsa maju ini branch..HQ di solaris mount kiara

Barangan produk Jari SPA berasaskan rempah2 dan aroma dari bali

inilah pintu bilik dimana sesi massaga aku dan ida dilakukan..

Pakej Royal SPA Treatment

Ini adalah pakej royal beauty untuk kaum2 kerabat..macam puteri2 raja zaman jawa berlangir dulu..so aku memang nak ambil pakej ini sebab terasa diri umpama puteri raja zaman jawa..ahakss..apa yang disediakan dalam pakej ini???
- Foot bath, herbal steam, body massage, Javanese lulur, Herbal bath(white tea), whitening mask + botanical facial..

memang rasa tenang sangat dengan bauan spa...diurut oleh gadis spa yang profesional..sampai tertidur..huhuhu..

Ok pendek kan cerita..selepas bermanja2 dengan lulur jawa berlangir rempah white tea semua sekali habis pukul 9.15 malam..wah tak sangka keluar saja dah gelap..penutup treatment kami diberikan teh herba halia..wow sampai ke telinga rasanya so aku dapat rasa yang mulut macam ada ulser..ouch!!! tapi apa2 pun memang best!!!five star give to jari spa..opening di wangsa maju branch ini dirasmikan oleh rozita che wan..so apa lagi nak awet muda macam kak ita kan..pergilah ke jari spa..:-)...

Released Stress and Pamper Yourself with Jari SPA...:-)











About Me...

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.