“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Monday, October 24, 2011

Diari Hatiku

hari ini masih tercari2 apa itu ketenangan dalam hati..tercari2 sampai tidak tahu apakah yang dicari..doa ibu adalah doa yang paling makbul..dan untuk memperbaiki semua ini..aku kena perbaiki solatku..betul solatku masih terumbang ambing..begitu rendahnya harga diriku ini ya ilahi..berikanlah peluang kepadaku ya ilahi..perbaiki solatku...

Saturday, October 15, 2011

Cinta Itu Tinggi Harganya, harus dibayar dengan WANG, TENAGA, MASA dan PERIKEMANUSIAAN

Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita.

Asalkan impian, niat, harapan dan doa kita mahukan pasangan yang terbaik untuk kita, insyallah kalau tak hari ini pasti suatu hari Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang sesuai.

Mencintai pasangan kita memang mudah. Mudahnya mencintai renungan matanya, mencintai lengguk bentuk tubuhnya, mencintai lemak suaranya, mencintai gurau sendanya,mencintai cara dia berfikir, mencintainya kerana ilmu agama dan kewarakannya, mencintai kebolehannya, mencintai jiwa seninya dan mencintai keberadaannya di sisi kita dan mencintainya kerana itulah cinta kita dan itulah jodoh kita.

Namun tidak mudah untuk setiap pasangan itu menunjukkan rasa cinta yang sebenar terhadap pasangan mereka.

Setelah ijab kabul dilafaz, dan DEMI CINTA berapa ramai di antara suami isteri yang

- begitu menyanjung pasangannya
- sentiasa mengeluarkan kata-kata lembut untuk menjaga perasaan pasangannya
- selalu memuji-muji pasangannya.
- tidak pernah mengeji pasangannya
- tidak akan merendah-rendahkan pasangannya
- selalu menghormati pasangannya
- sentiasa menghargai pasanganya walaupun ia serba kekurangan
- tidak pernah mencemuh segala kekurangan pasangannya
-sangat berbangga atas kelebihan yang dimiliki pasangannya
- sentiasa sedar tanggungjawab dan melaksanakannya demi mencintai pasangannya
- tidak gemar berbalah dengan pasangannya
- yang sentiasa berusaha membuang sifat-sifat negatif dalam diri dan menjadi terbaik untuk pasangannya
- yang mudah menerima teguran dan sanggup menlenyapkan ego
- tidak lupa mengucapkan terima kasih atas segala pemberian dan layanan
- bermurah hati berbelanja untuk menyenangkan hati pasangannya
-berkorban wang dan tenaga demi cinta terhadap pasangannya


BERAPA RAMAI?

Dan kejayaan dan kebahagiaan bersama pasangan kita sangat subjektif. Ada setengah pasangan sudah cukup bahagia walau isteri tidak pernah menghidangkan makanan apatah lagi memasak makanan untuknya, mencuci dan meyediakan pakaiannya, hanya kerana dia memahami yang isterinya terpaksa bekerja untuk meringankan bebannya menanggung keluarga.

Begitu juga ada setengah isteri sudah cukup bahagia walau suami tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga hanya kerana suaminya sangat rajin membantunya membuat kerja-kerja di rumah.

Sekalipun kita tidak tahu dan mengenali pasangan secara mendalam, hinggalah setelah kita mengahwininya dan tinggal sebumbungnya dengan namun sebelum berkahwin kita tetap harus memilih apa yang kita rasa terbaik untuk kita.

Apakah yang boleh kita harapkan lagi terhadap pasangan selepas berkahwin, kalau sebelum berkahwin pun sudah jelas ciri-ciri negatif seperti yang saya sebut di atas itu. Tak tahulah kalau ramai di antara kita yang cukup sabar menunggu pasanganya akan berubah, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan di sakiti. Yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang cukup bersyukur sekalipun tidak sedikitpun di hargai.

Bagi yang sudah tercebur ke alam rumahtangga bersama pasangan yang tidak seperti di harapkan. Kesabaran dan daya ketahanan perlu ada. Insyallah asalkan anda kuat bertahan, itulah jodoh anda sampai mati.

Blogging nite..

Sudah lama tidak update blog ni..malam ini tinggal dirumah seorang diri sahaja..dunno wht to do, wash clothes and then read books from big bad book wolf..feel alone??hahaha..kenapa ye...bukan la..sebenarnya banyak yang ingin diceritakan tetapi entah la malam ini connection sangat2 lambat...nanti akan diupload lagi apa buku yang i beli...hehehe

Hati - hati dengan hati..

Perlukah dengki hati...
Perlukah busuk hati....

Perlukah rasa tak senang hati
Bila melihat orang lain rasa gembira
Bila menyaksikan orang lain rasa bahagia

Buangkanlah busuk itu dalam tong sampah lalu di angkat dan dibawa oleh alam flora.
Lepaskanlah dengki hati itu sampai talak tiga lalu jumpa cina buta dan dan terus meraba-raba.

Bila semua busuk
Bila semua dengki
lenyap jauh

hati jadi bersih
hati jadi lapang
Hilang segala tekanan

Sudah bahagiakah hati kita
Gembira riakah jiwa kita

Kita di mana?
Sudah cukup sempurnakah hidup kita
Sudah melimpahkan rezeki kita
Sudah lengkapkah ibadat kita
Sudah kuatkah iman kita

Hati-hati
Dengan hati.......