“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Monday, November 28, 2011

Kisah Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.


ihsan : hamba ALLAH yang sudi menghantar email ini.

New journey life 2muharam1433H

Bermula perjalanan hidupku di awal muharam ini dengan kehilangan seorang kawan..kawan yang aku hargai..tetapi dia meninggalkanku hanya kerana satu sms..ye satu sms..akan kusimpan sms tersebut..kenangan yang tidak tahu bagaimana harus ku terangkan..

 Ampunkanlah dosaku ya ALLAH..lindungilah aku dari segala kesedihan..

Zaleha ----> Amin Sam Chin Fei..everything end up here..28th November 2011 9.19.41 pm.. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216..Aku berlindung padaMU YA ALLAH..JAUHKANLAH AKU DARI KESEDIHAN YANG BEGITU KEJAM INI..

RABIATUL ADAWIYAH

Below is a story of Rabiatul Adawiyah who one day sent Hasan al Basri three things—a piece of wax, a needle, and a hair.

“Be like wax,” she said. “Illumine the world, and yourself burn.

Be like a needle, always be working naked. When you have done these two things, a thousand years will be for you as a hair.”

“Do you desire for us to get married?” Hasan asked Rabiatul Adawiyah.

“The tie of marriage applies to those who have being,” she replied. “Here being has disappeared, for I have become naughted to self and exist only through Him. I belong wholly to Him. I live in the shadow of His control. You must ask my hand of Him, not of me.”

“How did you find this secret, Rabiatul Adawiyah ” Hasan asked.

I lost all ‘found’ things in Him,” She answered.

“How do you know Him?” Hasan enquired.

“You know the ‘how’; I know the ‘howless’,” Rabiatul Adawiyah said

Note to readers - During our journey to find our trueself, once we have reach certain level-meaning of the words uttered by Rabiatul Adawiyah would become clear to us -  until then it will remain a mystery to be discovered, understood and hopefully experience.

Hassan al Basri was trying to ask Rabiatul Adawiyah about the secret. What he got is only an indirect answer from her. It is a secret that she wanted him to discover himself!

If you wish to travel far and fast, travel light. Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears - Glenn Clark

Thursday, November 24, 2011

JODOH DI TANGAN TUHAN


mengapa??? mengapa rumitnya cintaku..sangat keliru dengan perangai dia..tidak begitu mudah untukku menahan segala kekeliruan ini..kadang2 dia ok kadang2 dia tidak ok..cuba memahami tetapi begitu rumit tetapi aku sayang bangat dengannya..iya bangat sekali..dia umpama tidak ada perasaan..tetapi bila bersama dengannya aku tenang dan ingin lama-lamany bersama dengannya..ya ILAHI permudahkan urusannya dan murahkan rezeki dia ya ALLAH ya tuhanku..dan jika hati ini miliknya kekalkanlah hati ini hanya untuknya..amin..

Tuesday, November 22, 2011

Jadi Pengapit Kahwin Lambat??? Hmmmm...

Alkisahnya aku akan menjadi pengapit kepada My BFF pada majlis perkahwinannya Desember 2011 ini.I  received an emergency call from her one day .Dia meminta pertolongan aku untuk menjadi pengapit . Pada mulanya aku menolak,yer la..aku ni bukan muda sangat lagi untuk berjalan seiring dan berdiri di atas pelamin bersama pengantin tapi bila BFF aku tu beria-ria minta tolong sebabnya tiada pengapit dan nenek dia sangat2 nak aku menjadi pengapit di hari persandingan dia nanti..huhu..macam sangat2 disayangi kan tapi ada sesuatu yang menyebabkan fikiranku rasa tak best..this mitos!! 

Tidak ada alasan lain bagi aku menolak untuk tidak jadi pengapit,hanyalah segan, segan dan segan!No other specifc reasons,wokeh.Ini adalah kali pertama aku menjadi pengapit dan itupun pengapit untuk BFF ku   sendiri. Pernah ke dengar perempuan tidak boleh menjadi pengapit kerana ditakuti akan berkahwin lambat? Aku pernah.Hmm..itu kata atau mitos orang tua zaman dulu kala. Secara logiknya,aku memang tidak percaya langsung tentang mitos tersebut. Apa kena mengena kahwin lambat dengan jadi pengapit?Menurut cousin aku,kalau perempuan jadi pengapit,aura seri muka akan hilang diserap oleh pengantin.Really doesn't make sense at all!

Pernah suatu ketika,aku telah dilantik oleh seorang cousin untuk menjadi pengapit tetapi pada hari perkahwinannya,tiba-tiba salah seorang auntie aku tidak bersetuju dan melantik dirinya sendiri untuk menjadi pengapit kepada cousin aku tu. Katanya, perempuan yang belum kahwin tak boleh jadi pengapit,nanti kahwin lambat.Aku terpinga-pinga dan itulah kali pertama aku mendengar mitos sedemikian rupa.Hahah..nak tergelak dan hangin pun ada jugak tapi buat cool jer la..:D.Auntie aku tu dah kahwin dan mempunyai 5 orang anak..teringin jugak dia nak jadi pengapit.adoi!

Mungin ada perempuan yang menjadi pengapit dan selepas itu berkahwin lambat tapi itu semua adalah kebetulan saja.Janganlah jadikan alasan menjadi pengapit untuk menyalahkan diri sendiri apabila berkahwin lambat.Belum pernah lagi aku mendengar atau terjumpa sebarang hadis yang mengatakan perempuan yang menjadi pengapit berkemungkinan akan berkahwin lambat.Bukankah jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah s.w.t?Menjadi pengapit atau tidak langsung tiada berkait rapat dengan soal jodoh. Jangan terlampau percaya atau memandang serius tentang sesuatu mitos yang belum tentu kita tahu kesahihannya.Mungkin orang-orang tua zaman dahulu mempunyai alasan atau pendapat mereka tersendiri apabila mencipta pantang larang yang masih kita pakai sehingga ke hari ini tetapi janganlah kita jadikan pantang larang tersebut sebagai batasan dalam menikmati erti kehidupan!Tepuk dada tanya hati!Peace!No war! ;)

P/s:rimas kalau banyak sangat pantang larang ni..tak kuasa mak!

Monday, November 07, 2011

Hati...

Hati ini seringkali geram terhadap dia...marah jeles geram dan marah...kenapa aku ditemukan dengan lelaki sedemikian? adakah aku patut bertahan dengan menjadi seorang kawan? aku ingin memahami dia tetapi dia seolah2 tidak mahu aku memahami dia...aku ingin memahami dia tetapi terlalu banyak kepedihan kesedihan yang aku perlu hadapi untuk menahan kata2 dari dia..ya..betul kata2 dia sangat menuduk kalbu..terasa sangat2...tetapi dia selalu cakap aku yang selalu buat dia terasa hati..dia memang tidak memahami aku juga..kenapa begitu payah untuk aku mengenali seorang insan yang bernama lelaki? kenapa begitu susah?aku tidak kisah dia susah atau apa sebab aku senang bila bersama dia cuma aku memang terasa dengan ayat dia yang secret admire dia lebih memahami dia...sedihnya kurasa..ingin kubawa diri ini jauh2..ingin kupergi dari dia..dan aku berharap kalau dia bukan untukku maka jauhkanlah dia dari hidupku hatiku..kalau dia untukku dekatkanlah dua kepadaku walaupun kepedihan hati ini melangkaui segalanya..