“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, November 22, 2011

Jadi Pengapit Kahwin Lambat??? Hmmmm...

Alkisahnya aku akan menjadi pengapit kepada My BFF pada majlis perkahwinannya Desember 2011 ini.I  received an emergency call from her one day .Dia meminta pertolongan aku untuk menjadi pengapit . Pada mulanya aku menolak,yer la..aku ni bukan muda sangat lagi untuk berjalan seiring dan berdiri di atas pelamin bersama pengantin tapi bila BFF aku tu beria-ria minta tolong sebabnya tiada pengapit dan nenek dia sangat2 nak aku menjadi pengapit di hari persandingan dia nanti..huhu..macam sangat2 disayangi kan tapi ada sesuatu yang menyebabkan fikiranku rasa tak best..this mitos!! 

Tidak ada alasan lain bagi aku menolak untuk tidak jadi pengapit,hanyalah segan, segan dan segan!No other specifc reasons,wokeh.Ini adalah kali pertama aku menjadi pengapit dan itupun pengapit untuk BFF ku   sendiri. Pernah ke dengar perempuan tidak boleh menjadi pengapit kerana ditakuti akan berkahwin lambat? Aku pernah.Hmm..itu kata atau mitos orang tua zaman dulu kala. Secara logiknya,aku memang tidak percaya langsung tentang mitos tersebut. Apa kena mengena kahwin lambat dengan jadi pengapit?Menurut cousin aku,kalau perempuan jadi pengapit,aura seri muka akan hilang diserap oleh pengantin.Really doesn't make sense at all!

Pernah suatu ketika,aku telah dilantik oleh seorang cousin untuk menjadi pengapit tetapi pada hari perkahwinannya,tiba-tiba salah seorang auntie aku tidak bersetuju dan melantik dirinya sendiri untuk menjadi pengapit kepada cousin aku tu. Katanya, perempuan yang belum kahwin tak boleh jadi pengapit,nanti kahwin lambat.Aku terpinga-pinga dan itulah kali pertama aku mendengar mitos sedemikian rupa.Hahah..nak tergelak dan hangin pun ada jugak tapi buat cool jer la..:D.Auntie aku tu dah kahwin dan mempunyai 5 orang anak..teringin jugak dia nak jadi pengapit.adoi!

Mungin ada perempuan yang menjadi pengapit dan selepas itu berkahwin lambat tapi itu semua adalah kebetulan saja.Janganlah jadikan alasan menjadi pengapit untuk menyalahkan diri sendiri apabila berkahwin lambat.Belum pernah lagi aku mendengar atau terjumpa sebarang hadis yang mengatakan perempuan yang menjadi pengapit berkemungkinan akan berkahwin lambat.Bukankah jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah s.w.t?Menjadi pengapit atau tidak langsung tiada berkait rapat dengan soal jodoh. Jangan terlampau percaya atau memandang serius tentang sesuatu mitos yang belum tentu kita tahu kesahihannya.Mungkin orang-orang tua zaman dahulu mempunyai alasan atau pendapat mereka tersendiri apabila mencipta pantang larang yang masih kita pakai sehingga ke hari ini tetapi janganlah kita jadikan pantang larang tersebut sebagai batasan dalam menikmati erti kehidupan!Tepuk dada tanya hati!Peace!No war! ;)

P/s:rimas kalau banyak sangat pantang larang ni..tak kuasa mak!

1 comments:

armouris

info tentang kahwin - Permata Yang Hilang - Panduan Seks Melayu Islam

Post a Comment