“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Sunday, July 24, 2011

Apakah Hukum bersalin disambut Doktor lelaki???

Oleh kerana malam ini susah sangat mata hendak lelapkan mata dan baju yang dibasuh sudah pun disidai tiba2 saya teringat tentang kawan saya yang dirawat oleh Doktor lelaki dan beliau meminta pendapat saya..Apa hukum rawatan dari Doktor lelaki ye..

Dari persepsi saya, sentuhan dari lelaki bukan muhrim macam mana pun adalah tetap haram..kalau nak kata ianya "tak apa" untuk tujuan perubatan tetapi bukan ke doktor wanita juga ada..kecuali dalam keadaan darurat..darurat bermaksud keadaan yang bukan selalu terjadi..maknanya sementara sahaja..contoh macam peperangan..darurat macam tidak ada langsung Doktor wanita jadi kita terpaksa memilih Doktor lelaki untuk merawat kita..

Sheikh Abdul Aziz biin Baaz rahimahullah, bekas Mufti besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi  penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan Doktor lelaki, maka didalam kes ini adalah dibenarkan" (Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-sihhah, m.s. 29).

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

Hal macam ini bagi saya terpulang kepada pendapat masing-masing kan..sebab duit..zaman sekarang ini banyak nak pakai duit..bersalin di hospital swasta yang mana kita boleh pilih Doktor mahal belanjanya..jadi pilihan hanya di hospital kerajaan..pada saya aurat sangat penting dan itu hukum yang wajib kita jaga..walau sukar tapi pasti ada jalan..kecualilah pilihan itu tidak ada..maksudnya tiada langsung Doktor wanita islam..

" Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang dikurniakan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafikan, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjada kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaALLAH akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini " 

Nasihat saya bagi seorang perempuan yang mengandung (dan juga kepada diri saya sendiri), dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.

- Mencari cinta ILAHI yang hakiki-

1 comments:

Unknown

Ckp pndai...

Post a Comment