Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta
ISTIKHARAH cinta...lagu ini kudengar melalui blog adikku..tetiba sahaja mengalir airmataku..mengenang semua yang berlaku sepang 28 tahun aku hidup dimuka bumi ALLAH ini..walaupun aku ada segalanya..kerjaya, cita-cita yang dapat kupenuhi, disayangi rakan-rakan, ketua, ramai teman rapat, duit dan kekayaan tetapi aku tahu ada satu yang kekurangan dalam diri ini..semua orang tidak percaya kalau aku cakap aku single lagi..semua orang tidak percaya tetapi memang itu adalah kenyataan..walaupun aku senyum, ketawa, wajah yang ceria tanpa ada masalag tetapi dihati siapa yang tahu? dihati ini menyimpan sejuta kesedihan..sebab aku sebenarnya tidak lengkap..walaupun orang selalu cakap aku insan yang sempurna tetapi sebenarnya merekalah yang sempurna..mereka dapat satu syafaat Junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W yang sangat2 mudah untuk dimiliki tetapi sangat susah untuk aku miliki..kadang-kadang aku terfikir mungkin jodoh aku sudah mati pergi meninggalkan aku..
Diluar nampak ceria tetapi didalam hati hanya DIA sahaja yang tahu, kadang-kadang aku dah putus asa untuk berdoa..atau adakah aku memilih?tetapi salah ke kalau aku meminta seorang yang sangat aku suka untuk menjadi temanku?solat istikharah?aku jadi buntu sampai tidak tahu apa jawapan dan petunjuk..sampai aku mahu mengerjakan umrah dimekah untuk meminta petunjuk ilahi..semua perempuan di officeku sudah berkahwin dan dalam proses pregnant..sangat indahnya dunia mereka..aku dah cukup bersedia untuk menemui seseorang untuk menjadi teman setia yang diredhai ILAHI tetapi aku tidak berjumpa lagi..sampai bos pun tahu apa yang aku fikir..memang bapa angkatku sayang sangat dengan aku dan kalau boleh nak melihat aku pun jumpa pasangan aku tetapi kenapa susah sangat bagi aku untuk berjumpa?
Kadang-kadang aku mencuba untuk mengimbas kembali apa yang berlaku dimasa lepas aku, mungkin aku ada meminta atau bersumpah sesuatu sampai jodoh untukku sangat susah..kata orang doa masa kanak2 itu sangat makbul..adakah aku pernah berdoa untuk tidak berkahwin?Ya ALLAH ya tuhanku lindungilah diriku ini..kalau engkau rasa ini yang terbaik untukku berilah aku peluang untuk berbakti kepada masyarakat..memang aku suka sangat tengok kanak2 dan suka sangat tengok kawan2 mengandung tetapi dengan keadaan aku yang tidak tahu bila jodohku akan tiba entah ada entah tidak hanya berfikir kalau ambil anak angkat sekalipun tak sama dengan nikmat mengandung untuk zuriat sendiri..lagu ini sedih sangat2 dan malam ini memang sangat menyedihkan..aku lebih suka menangis seorang didalam bilik tanpa ada sesiapa yang tahu cuma ALLAH sahaja yang tahu..kerana DIAlah yang maha berkuasa..
Jodoh yang kutidak tahu bila akan tiba, aku hanya berserah kepada ILAHI semoga ditetapkan keimanan hati ini..dan akau akan menziarahi rumahNYA dalam masa terdekat ini...macam rindu saja lambaian kaabah..berdoa di Jabal Rahmah..sejadah cinta membuatkan aku ingin terus menangis ya ILAHI..hanya ENGKAU sahaja yang mengerti apa didalam hatiku ini..penantian yang sangat menyakitkan walaupun terpaksa bersabar dan tertanya2 siapakah dia sebahagian tulang rusukku..
Ya ALLAH jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU..tetapkanlah pendirian dihatiku dalam memilih insan yang akan menjadi teman dan pembimbing keatas diriku ini..
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
0 comments:
Post a Comment