“Put your money toward classes, seminars and books that will make you more successful.”Steve Siebold

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Sunday, July 03, 2011

Senggugut @ PMS?????

Hah!!! disini ingin dikongsikan kisah pasal senggugut atau PMS (PreMenstrual Syndrome)..sebenarnya ini adalah perkara normal bagi seorang perempuan yang sudah akil baligh..Senggugut ini sebenarnya adalah gabungan simptom fizikal atau psikologi dan emosi yang berkait rapat dengan kitaran haid wanita.

Kalau boleh saya nasihatkan bila PMS ni datang janganlah sesekali ambil pil2 untuk redakan kesakitan PMS ni..lagi2 kalau kamu belum lagi berkahwin..sebab akan memberi kesan kepada rahim dan tak elok untuk jangka masa panjang..nak ke anak tu tak sempurna??

Bagi zha, petua yang paling murah, mudah dan senang adalah relax, berehat tenangkan fikiran dan jangan fikir apa2.. ataupun kalau tak tahan sangat, the best way untuk diamalkan adalah isi air panas dalam botol (sebaiknya botol kaca) then tuamkan (gelekkan) atas perut..buat perlahan-lahan..memang panas sikit tapi ini memang berkesan supaya pengaliran darah tu sekata...

Sedikit nasihat ketika menghadapi PMS : 
(Mari kita kongsikan bersama ye )..
Harap2 gadis2 diluar sana tu kena beware dengan hal ini. Dan lelaki2 juga tolonglah forwardkan message ini to your girlfriend/ wife, you must take good care of your partner you know..

Menurut pakar genealogist, 8 dari 10 gadis di luar sana will have cyst, so to prevent it or not let it grow bigger or into a blood cyst :
1) Tahan diri dari ambil panadol / postan / painkiller..bagaimanapun terdapat banyak kesan-kesan sampingan jika kita terlalu banyak menngambil pil. 
2) Tahan sakit, PMS akan hilang seketika ataupun menjerit kuat2 untuk kurangkan rasa sakit. ini boleh legakan sedikit kesakitan yang dialami.
3)Cara-cara untuk mengira kedatangan senggugut:
i) Menahan diri dari mengambil minuman sejuk. (esp 1 week before you period)
ii) Ambil 1000mcg of Evening Primrose Oil setiap 2 hari.
iii) Exercise ( boleh mengurangkan senggugut, kalau boleh 3 kali seminggu)
(iv) Chinese medicine pill ( brand Pak Fong Wan). makan 1 minggu selepas dan sebelum haid datang, ia membantu mengawal nutrient dalam badan. tidak sesuai untuk mereka yang vegetarian.
v)  Have  plenty of vitamins A, D. Carrots, spinach, broccoli, papayas,> >fish,  etc...You are what you eat so please do take care of your body  ok.

Something to add on... ladies please drink lot of milk or high
calcium product (especially if u intend to  give birth), I'm not trying to advertise for Milk Company but it can really  prevent osteoporosis. It's not fatal but can cause lots of inconvenience to  your life in future... So start drinking now...Severe / slight abdominal pain: ? not something to be taken lightly.

Women should not treat 'Endometriosis' (abdominal pain before/during their menses) lightly cause the side effects will come a few years later after marriage whereby the disease will develop into cysts (sac found in the body, containing liquid  matter).If the cyst got bigger, you will have to undergo a surgery to remove it but if it's a blood cyst, things may get worse as your womb/pelvic/uterus/fallopian tubes will be infected and create more problems. If the infection is not properly treated, seriousm problems like infertility may arise.

So, whenever you girls experience period cramps, don't just pop a Panadol or Ponstan to relieve the pain, instead go to a genealogist for further diagnosis as you never know that you're suffering from one which may not at first seems like a serious problem...enjoy your PMS week ( now i'm experince it)..very sakit wooo..:-(



Perasaan Terpendam...suka dalam diam????

Hai kamu orang...mesti ramai yang sudah terlena di malam minggu yang tenang ini..tetapi ada juga orang yang tidak boleh lena disebabkan selalu teringat seseorang yang jauh tidak pernah bertemu..dan perasaan suka mula timbul...susahkan perasaan yang macam ini..menyukai seorang yang kita tak pernah nak beritahu orang itu pasal perasaan diri kita..cuma ALLAH saja yang tahu..

Kamu semua pernah ada perasaan sebegini tak??atau kamu semua mungkin lebih bahagia dari zha? Suka dalam diam...lebih baik merahsiakan sebelum tiba waktunya...perkenalan, bermula dengan kekaguman selalunya diakhiri dengan kebiasaan. Perkenalan, bermula dengan penghormatan selalunya akan diakhiri dengan perselisihan. tetapi perkenalan bermula dengan hati menuju ilahi selalunya akan timbul bibit bibit saling hormat menghormati, bertolak ansur dan masing-masing mendoakan kesejahteraan kehidupan " si perkenalan"...

Jadi dari ayat yang zha berikan ini..pernah tak luahkan kepada seseorang yang kita minat sangat dekat dia?lepas luahkan apa yang kamu semua rasa??adakah perasaan itu berkekalan??zha suka seorang lelaki yang zha baru kenal..(kenal di sesawang internet ni)..mudah tertarik dengan lelaki tersebut tetapi bagi zha amat mustahil sebab dia bukan seagama dengan zha..perasaan suka ini hanya dapat disimpan dan dibukukan di blog ini..memang zha suka sangat dengat dia...zha pun tak tahu macam mana zha boleh add dia di facebook..dan macam mana zha boleh tertarik dengan dia..sebenarnya zha tertarik dengan motto yang dia letakkan di facebook.. lama juga dia nak accept zha sampai dah dah reject ruangan add fren dekat nama dia sebab kecewa dia tak terima zha sebagai kawan facebook dia..tetapi bulan lepas baru dia accept request zha..entah la tak tahu nak gambarkan apa perasaan ini..zha takut dengan perasaan ini..diluahkan tak boleh , ditelan lagi la tak boleh..susahkan kalau ada suka dalam diam..walau apa pun zha tetap berdoa pada ilahi..DIA lah penentu segalanya..ajal maut jodoh pertemuan semua DIA yang tentukan...

Wednesday, June 29, 2011

PUASA 27 Rejab 1432 H BERSAMAAN 29 JUN 2011 (ISRA' MIKRAJ)...

Hari ini puasa...dan segalanya berjalan dengan lancar..nasib baik tak panas sangat..cuma tadi lagi sikit terlupa yang diri ini puasa..kalau tak dah yam cha dengan ah toon dan ah wee di kedai herbs cina...huhuhu...apa2 pun all the best for today...hari yang bagus untuk berlatih puasa..bulan rejab dan isra' mikraj...nak tahu kisah isra' mikraj???layarilah kisah2 al islam di internet ya...huhuhu

Sunday, June 26, 2011

Liku - liku kehidupan seorang insan yang bernama kakak

Hai kamu orang..sudah lama tak menulis apa2 di blog ini..terlalu penat dengan tempat projek baru sampai tak ada masa nak bercerita...hari ini ingin kuceritakan kisah seorang insan yang bergelar kakak..kamu orang mesti pernah menjadi kakak kan...tak kisah la kakak yang pertama atau kedua atau ketiga tapi yang penting kamu orang pernah menjadi kakak...dan amat beruntung sebenarnya seorang manusia  yang mempunyai kakak...mesti kita akann menyayangi kakak kita kan..dan juga menghormati kakak kita itu...tetapi sebaliknya bagi seorang insan yang menjadi kakak ini..ceritanya begini..baik ku gelarkan dia K di dalam kisah ini...K merupakan anak sulong yang berasal dari negeri selatan malaysia...K adalah seorang yang terlalu memikirkan tentang adik beradik dan keluarga sampai tidak ada masa untuk memikirkan tentang diri sendiri. Tetapi hari ini ada sesuatu yang melukakan hati K..adik K sendiri...K selalu mengadu betul ke adik dia sayangkan dia dan menghormati dia sebagai seorang kakak?kalau adik dia menghormati dia setiap apa yang kakak nasihatkan bukanlah perkara yang teruk tetapi untuk kebaikan..tapi dalam hal ini adik dia begitu tidak memahami kakak dia si K ini..

Kadang2 saya fikir ini adalah masalah si K..Tapi bila difikir2 kasihan sangat sebab adik dia buat macam tu..kenapa la seorang adik tidak pandai nak menghargai seorang kakak?kenapa tidak begitu bersyukur?adik dia tak tahu ke kakak dia walaupun seorang yang serius tapi sangat sayangkan adik2nya..kenapa ada adik yang tidak menghargai seorang kakak?ada ke kakak yang nak perkara jahat atau adiknya menjadi seorang yang tak berguna?? susah ke untuk seorang adik tu bersikap jujur dengan kakaknya?? dalam islam kalau kita berbuat baik dengan saudara sekandung perempuan begi besar pahala ALLAH beri kepada kita..adik dia ni dengan kakak sendiri nak marah2 dan masam muka tetapi dengan orang lain disanjung2..kenapa la susah sangat nak dapatkan pahala yang sangat mudah itu?? Kalau saya ada kakak saya pasti akan sayang kakak saya sangat2..sebab kalau ibu sudah tiada kakak la tempat bergantung...renung2kan dan selamat beramal

Sunday, June 12, 2011

Alamanda Shopping

Hari ini sesi bertemu dengan my new business partnew aida..(walaupun belum rasmi lagi jadi partner ^.^)..selepas breakfast aka lunch kami pun bershopping2...pada mulanya hanya nak teman aida saja..dalam hati malas la nak beli apa-apa sebab yela tengah merasai kesakitan pilunya kaki ni..yela bila daging yang nipis berselisih dengan tulang maknanya kita punya cecair tendon yang menyambungkan tulang kita dah luka..jadi bila terseliuh macam ni terasa sangat pilunya tu..tapi tak apa kena tabahkan juga sebab i'm engineer mah..engineer must strong yeyeahhh huhuhu..ok back to our first story..

Teman kawan pergi masuk alamanda ingatkan nak cari toilet seat paper last2 ambo pula yang pergi cari barangan make up..lalu menuju ke simply siti..ermm tak tahu la apa yang demo ni dok cerita yang brand ni bagus..(sorry ye cik siti)..last2 pergi ke majolica majorca shiseido japan..huhuhu,,,

(gambar dari sumber makeup.com)...
balik kepada cerita majorca majolica...last2 beli set pink..awwww pink u...grab semua set pink..i love pink..

 Majolica majorca my sugar pink collection.

Majolica majorca jeweling eyes

Cream pencil liner..mocha brown
 
 Puff De Cheek - Peach macaroon (mcm macaron makanan pulak huhu)

Puff De Cheek - Strawberry macaroon..
 
ini lah yang i beli hari ini..ini belum masuk lagi skin repair rosken, revlon lipstick (majorca majorlica tak ada lipstick so ambil revlon) the colour is very nice la...my beauty diary bird nest mask (from taiwn) and shower lifebuoy...opsss lupa coklat sneakers dan 2 botol nestle bliss kiwi..shopping for today..after this no shopping2...serious working hahaah...zaleha zaleha..teman kawan shopping last2 beli terover untuk diri sendiri..tak apa one in a blue moon...:-)



Selamat mengemas barang shopping dan jadilah kaki shopping yang berhemah huhuhu

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…
1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.


Sekian, terima kasih.

p/s: Kompilasi doa serta amalan di atas telah dirujuk daripada pelbagai laman web dan blog di Internet
http://setelkahwin.com/blog/amalan-dan-doa-bagi-dipermudahkan-bertemu-jodoh/#comment-1166.

Friday, June 10, 2011

Ujian Daripada ALLAH

Hari ini ingin saya tulis mengenai ujian daripada ALLAH..mungkin anda juga pernah mengeluh dengan apa saja dugaan yang anda alami dan saya juga tidak terkecuali daripada perasaan suka mengeluh ini...berbalik kepada cerita teladan yang akan saya kongsikan ini..mari kita renungkan disebalik kisah nasihat yang saya ambil dari blog paradigma mukmin untuk kita kongsikan bersama....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Sumber: Ujian Daripada Allah | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/ujian-daripada-allah/#ixzz1OsVzCtFi



Jadi, kawan-kawan disana renung-renungkan dan selamat beramal..:-))